Kemudahan-Kemudahan di IKMa Zon Sarawak
Bilik Kuliah Gading dan Bilik Kuliah Santubong
IKMa Sarawak dilengkapkan dengan dua buah bilik kuliah yang diberi nama Bilik Kuliah Gading dan Bilik Kuliah Santubong. Bilik Kuliah Gading di Tingkat M dan Bilik Kuliah Santubong terletak di Tingkat 10.
Bilik kuliah yang luas dan selesa serta dilengkapi dengan alat bantu mengajar moden untuk memudahkan pembelajaran seperti komputer, LCD, skrin projektor, papan putih, kemudahan WiFi untuk capaian internet dan lain-lain. Semua bilik kuliah berhawa dingin dan dilengkapi dengan audio sistem.
Bilik kuliah Gading ini boleh memuatkan lebih kurang 45 orang manakala Bilik Kuliah Santubong pula boleh memuatkan 60 Orang peserta pada satu masa. Pihak luar boleh menyewa kemudahan Kemudahan Bilik kuliah dan Mesyuarat sekiranya tiada pertindihan dengan program serta kursus “in-house” IKMa Zon Sarawak dengan kadar seperti jadual dibawah:
Kadar Sewaan Kemudahan IKMa Zon Sarawak:
KEMUDAHAN |
KAPASITI
|
SEWAAN KOMPUTER (SEHARI)
|
SEWAAN LCD PROJEKTOR (SEHARI)
|
KADAR SEWA BILIK (SEHARI) |
KOPERASI / KERAJAAN |
SWASTA |
BILIK KOMPUTER SERAPI |
26 ORANG |
RM30.00/ KOMPUTER |
PERCUMA |
RM350.00 |
RM450.00 |
BILIK KULIAH SANTUBONG |
60 ORANG |
- |
RM150.00 / UNIT |
RM350.00 |
RM450.00 |
BILIK KULIAH GADING |
42 ORANG |
- |
RM150.00 / UNIT |
RM300.00 |
RM400.00 |
BILIK MESYUARAT APAD RUNAN |
30 ORANG |
- |
RM150.00 / UNIT |
RM300.00 |
RM400.00 |
RUANG MAKAN MULU |
80 ORANG |
- |
- |
RM250.00 |
RM350.00 |
KEMUDAHAN LAIN |
KOMPUTER RIBA |
RM200.00 |
1 UNIT |
MESIN CETAK (PRINT KERTAS) |
RM0.30 |
1 SALINAN |
PENGHAWA DINGIN DAN ELEKTRIK |
RM50.00 |
SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM |
** PENAMBAHAN KERUSI DAN MEJA AKAN DIKENAKAN CAJ TAMBAHAN SEBANYAK RM5.00/ UNIT. |
Bilik Serapi / Makmal Komputer
Bilik Serapi atau Makmal komputer yang berhawa dingin yang dilengkapi dengan 27 buah komputer sistem multimedia, berkuasa Core i5 2.8ghz, 4gb Ram , windows 7 & 10, DVD-Writer dan speaker beserta kemudahan Internet untuk kegunaan peserta yang menghadiri kursus komputer. Selain untuk kegunaan semasa kursus, kemudahan ini juga boleh disewa oleh pihak luar dengan kadar yang berpatutan seperti yang di nyatakan di dalam jadual di atas.
Bilik Kuliah Gading
Bilik Kuliah Santubong
Ruang Makan Mulu
Selain daripada itu terdapat kemudahan Ruang Makan Mulu bagi kemudahan makan minum peserta semasa berkursus di IKMa Zon Sarawak.
Perpustakaan Sejinjang
IKMa Zon Sarawak juga menyediakan sebuah Perpustakaan Mini yang dilengkapi dengan pelbagai koleksi buku seperti buku perniagaan, pengurusan, perakaunan, motivasi, teknologi maklumat, keagamaan dan buku yang berkaitan dengan koperasi. Selain itu perpustakaan ini juga dilengkapi dengan koleksi hasil penyelidikan koperasi yang boleh dijadikan bahan rujukan kepada orang ramai. Selain daripada bahan rujukan ilmiah, perpustaan mini ini juga mempunyai koleksi bahan bacaan fiksyen untuk bacaan umum. Kemudahan ini bukan sahaja untuk kegunaan kakitangan IKMa Zon Sarawak, malah ia juga dibuka untuk kegunaan para peserta kursus semasa tempoh berkursus di IKMa Zon Sarawak. Perpustakaan ini dikawal-selia oleh Pembantu Tadbir bagi tujuan rekod pinjaman dan pemulangan buku-buku.