Accessibility Tools

soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
Bahasa Melayu

Pengenalan

Pusat ini berperanan memberi penekanan dan galakan terhadap sebarang dasar Kerajaan yang berkaitan dengan program latihan dan pendidikan koperasi agar dapat diterapkan dalam gerakan koperasi Malaysia termasuk perhubungan koperasi di peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama Pusat ini bertanggungjawab untuk membangunkan dan menyelaras jalinan kerjasama antara gerakan koperasi dalam dan luar negara.

Selain itu, Pusat ini juga berperanan dalam merancang, merangka dan menyelaras program-program di peringkat antarabangsa selain kursus jangka pendek dalam negara.

Pusat ini bertindak selaku Sekretariat bagi program sangkutan/ICA untuk menghantar pegawai–pegawai ke luar negara, selain menjadi Sekretariat bagi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) atau lebih dikenali sebagai MTCP. Selain itu Pusat Dasar & Antarabangsa juga menguruskan lawatan delegasi antarabangsa ke IKMa.

Fungsi

  • Membina dan menyelaras jalinan kerjasama antara IKMa dengan Institut, Agensi dan Gerakan Koperasi luar negara dalam aktiviti berasaskan pengetahuan di peringkat Antarabangsa.
  • Membangunkan program-program Antarabangsa mengikut keperluan dan secara bersasar.
  • Menguruskan kolaborasi antara pihak antarabangsa berkaitan dengan Pembangunan Modal Insan Koperasi.
  • Kolaborasi dengan Pusat berkaitan penghasilan penulisan amalan terbaik koperasi luar negara.
Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Pusat Antarabangsa
Institut Koperasi Malaysia,
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

Telefon : 03-7964 000   ext: 053   (SUK: Pn. Rohaya binti Ibrahim)
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook Rasmi Pusat Dasar & Antarabangsa