Accessibility Tools

soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
Bahasa Melayu
Laman Utama Koperator Baru

Koperator Baru

Anda berminat untuk menjadi koperator baru? Jom ikuti beberapa siri video dibawah dahulu sebelum anda membuat keputusan.

 

Mari Berkoperasi
Penerangan awal berkenaan Koperasi dan kelebihan berkoperasi.

Nilai dan Prinsip Koperasi
Garis panduan bagi menjalankan Koperasi.
Perniagaan Koperasi
Cara menjalankan perniagaan di dalam Koperasi dan jenis perniagaan yang boleh dijalankan oleh Koperasi.
 

Cara Mendaftar

Bagaimana hendak mendaftar Koperasi?
Suruhanjaya Koperasi Malaysia adalah badan yang dipertanggungjawabkan untuk memantau, menyelia dan mengawal selia koperasi dan sektor koperasi. Jom belajar dahulu sebelum mula mendaftar.

PANDUAN PENUBUHAN KOPERASI

Koperasi adalah sesuatu pertubuhan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi. Mana-mana individu yang bercadang untuk mendaftarkan koperasi hendaklah terlebih dahulu menghubungi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di kawasan masing-masing untuk mendapatkan penerangan dan nasihat berhubung proses pendaftaran koperasi.

SILA LAYARI LAMAN WEB DI BAWAH UNTUK PROSES PENDAFTARAN :
https://www.skm.gov.my/index.php/my/perkhidmatan/panduan-penubuhan-koperasi
https://www.skm.gov.my/index.php/my/permohonan-penubuhan-koperasi

 

Kursus Asas

Koperator baru perlu ikuti kursus wajib?
Ya. Bagi koperator baru, sangat digalakkan untuk mengikuti kursus asas. Selaras dengan Garis Panduan 5 (GP5) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya), Kursus wajib merupakan kursus yang diwajibkan kepada semua anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) iaitu kursus wajib dibawah;

Kursus Wajib 1 : Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi Maklumat Lanjut 
 Kursus Wajib 2 : Pengurusan Kewangan Koperasi Maklumat Lanjut 
 Kursus Wajib 3 : Pengurusan Strategik Maklumat Lanjut 
 Kursus Wajib JAD : Tatacara Pengauditan & Perakaunan Koperasi Tatacara Pengauditan & Perakaunan Koperasi Maklumat Lanjut