FungsiKuasa
Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 (Pindaan) 2011 [Akta A1398] telah memperuntukkan IKMa sebagai sebuah institusi yang berfungsi untuk membangun dan mengembangkan latihan dan pendidikan koperasi di negara ini.
Fungsi IKMa ialah:
- Menyediakan kursus dalam bidang koperasi & penganugerahan diploma;
- Percetakan dan penerbitan dalam bidang koperasi;
- Usaha sama dengan IPT/ badan professional dalam dan luar negara bagi menjalankan kursus koperasi;
- Penyelidikan Bidang Koperasi;
- Khidmat perundingan koperasi;dan
- Menasihati Menteri.
- Menganugerahkan Diploma, Sijil dan setaraf dengannya kepada orang yang telah mengikuti kursus pengajian yang diluluskan oleh Institut dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain yang ditentukan oleh Lembaga atau yang telah ditetapkan;
- Mengadakan dan menganugerahkan biasiswa, dermasiswa, pingat, hadiah, dan bentuk-bentuk kepujian lain, anugerah atau bantuan berkenaan dengan latihan, pendidikan dan aktiviti-aktiviti lain yang ada di Institut;
- Memberikan pinjaman atau bantuan kewangan kepada pelajar yang patut menerimanya mengikut apa-apa terma dan syarat yang diluluskan oleh Lembaga;
- Memasarkan dan/ atau mengkomersialkan perkhidmatan, hasil penyelidikan dan keluaran Institut;
- Menuntut dan menerima apa-apa fi yang ditentukan oleh Lembaga atau apa yang ditetapkan dari semasa ke semasa;
- Melakukan apa-apa perbuatan atau perkara sama ada bersampingan dengan atau sebagai pematuhan kepada kuasa tersebut, yang dibuat bagi meningkatkan pendidikan, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan disiplin di IKMa; dan
- Menubuhkan atau menggalakkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Act 125] untuk menjalankan atau terlibat dalam sebarang aktiviti yang dirancang atau dilaksanakan oleh IKMa dengan persetujuan Kementerian Kewangan.