Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa sentiasa progresif dalam menawarkan kursus-kursus yang berorientasikan kehendak dan keperluan semasa serta praktikal di bawah bidang ini seperti: Memberi pendedahan kepada koperasi tentang perniagaan pemborongan dan peruncitan Mengenal pasti jenis perniagaan pemborongan dan peruncitan yang diceburi Mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam perniagaan pemborongan dan peruncitan dalam koperasi Mengukuhkan aktiviti pemborongan dan peruncitan yang diceburi oleh koperasi Peranan utama Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa ialah melatih dan membimbing Anggota Lembaga Koperasi (ALK), tenaga kerja koperasi, para pegawai yang lia koperasi atau individu yang berminat dalam bidang berkaitan pemborongandan peruncitan.Dalam merangka kursus-kursus yang bermanfaat, Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa sentiasa bersikap proaktif dan terbuka terhadap isu dan perkembangan semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya agar seiring dengan era globalisasi masa kini.
Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa turut memberikan konsultasi kepada koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan di bawah bidang ini seperti pasar raya, kedai runcit, dobi, stesen minyak, dan francais. Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa juga terlibat dengan tailor made course atau knowledge-based activities bersama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA atau agensi-agensi kerajaan dan pihak kementerian di bawah bidang yang sama. Permodalan Nasional Berhad (PNS) merupakan salah satu contoh agensi yang telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan IKMa melalui Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa dalam memberikan pendedahan berkaitan sistem perniagaan secara francais bagi menjamin kelangsungan produk koperasi di pasaran secara sistematik dan profesional. Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa turut menghasilkan penulisan berkaitan penyelidikan, kajian kes, jurnal dan sebagainya untuk diguna pakai dalam model simulasi sekaligus meningkatkan kompetensi dan tahap profesionalisme dalam kalangan kakitangan akademik dan juga koperasi sebagai panduan dalam menguruskan koperasi dengan lebih cekap.