Accessibility Tools

soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
Bahasa Melayu
Laman Utama Koperator MiRiCLe

miricle logo

Pengenalan

Million Ringgit Coop League atau lebih dikenali MiRiCLe merupakan salah satu inisiatif Institut Koperasi Malaysia (IKMa) dalam membantu koperasi kluster kecil dan sederhana yang berpotensi membangun dengan lebih terancang melalui tawaran nilai sebagai rakan solusi strategik koperasi.

Mula diperkenalkan pada tahun 2019, sebanyak 200 buah koperasi yang berpotensi telah dikenalpasti untuk menyertai program ini. Program turun padang MiRiCLe telah mula dijalankan pada 31 Mac 2019 oleh semua Zon IKMa seluruh negara. Program turun padang ini adalah untuk mendapatkan input profil koperasi dan mengenalpasti kesanggupan (willingness), kesediaan (readyness) dan keperluan koperasi khususnya untuk berkembang dan tujuan menganalisa jurang.

Outcome utama dari program ini diharapkan koperasi yang terpilih dalam projek ini akan dapat diurus tadbir dengan lebih cekap lagi dengan mengamalkan budaya kerja cemerlang khususnya dalam operasi harian, pertambahan bisnes dan penerokaan bisnes baru bagi mencapai matlamat penubuhannya ke arah mewujudkan kesejahteraan yang lebih baik dalam kalangan anggota dan komuniti.

Laluan pertumbuhan koperasi akan diterokai dalam lawatan ini bagi mengenalpasti bagaimana bisnes koperasi boleh ditingkatkan samada meningkatkan produktiviti menggunakan aset semasa, kembangkan bisnes sedia ada dengan menambah aset atau mempelbagaikan aktiviti dengan menceburi bisnes baru serta pembudayaan inovasi dan aplikasi teknologi.

Kelayakan MiRiCLe

  1. Koperasi berpotensi yang mahu dan ada komitmen meningkatkan prestasi
  2. Koperasi berpotensi yang bersedia bekerjasama dengan IKMa
  3. Koperasi berpotensi yang berada dalam Kluster Kecil dan Sederhana

Tag Line MiRiCLe

“Mengambil Tahu Untuk Membantu”

Apa itu MiRiCLe

Meningkatkan prestasi perniagaan koperasi kepada nilai jutaan

Tujuan Wujud MiRiCLe

 Mensejahterakan Koperasi Melalui Peningkatan Pendapatan

Kenapa MiRiCLe

 Membantu koperasi kecil dan sederhana membangun dengan lebih terancang serta memperkasa sosioekonomi anggota koperasi 

Strategik MiRiCLe

  • IKMa Turun Padang
  • Cadangan Tambah Nilai Aktiviti Perniagaan Koperasi
  • Program Susulan
  • Pemantauan Berterusan

miricle flow

Laluan Pertumbuhan Melalui Peningkatan Prestasi

  • Tingkatkan produktiviti
  • Kembangkan perniagaan sedia ada
  • Mempelbagaikan perniagaan ke bidang baharu
  • Amalan Pembudayaan Inovasi dan Aplikasi Teknologi

Peningkatan Pendapatan Melalui Tambah Nilai

  • Kursus
  • Bengkel
  • Khidmat nasihat dan Bimbingan
  • Mentoring dan Coaching
  • Padanan Perniagaan

brosur miricle muka depn 1

brosur miricle muka dalam 1