Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) ditubuhkan pada 28 Mac 2022 merupakan sebuah universiti milik Institut Koperasi Malaysia (IKMa), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan memberi fokus khusus kepada bidang pengurusan koperasi, perdagangan dan perniagaan. Penubuhan ini selaras dengan usaha IKMa untuk memperkasakan serta memartabatkan industri koperasi di Malaysia.
UKKM juga merupakan universiti pertama di Malaysia yang memberi tumpuan khusus kepada bidang koperasi dengan objektif utama untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan profesional dalam bidang pengurusan perniagaan dan koperasi. Di samping itu, UKKM juga berperanan mengoptimumkan penggunaan sumber melalui perkongsian kepakaran antara agensi-agensi di bawah KUSKOP yang disatukan di bawah ekosistem universiti.
Melalui penubuhan ini juga, UKKM dijangka dapat memperluaskan kepelbagaian serta fleksibiliti program akademik yang ditawarkan agar sentiasa relevan dengan keperluan industri koperasi, perniagaan dan keusahawanan di Malaysia.


Pengiktirafan Antarabangsa sebagai Ahli Business
Graduates Association (BGA)
Sebagai ahli Business Graduates Association (BGA), UKKM menjadi
sebahagian daripada rangkaian antarabangsa yang menghimpunkan
sekolah-sekolah perniagaan dari seluruh dunia.





Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia