Accessibility Tools

soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
Bahasa Melayu
Laman Utama Info Korporat Maklumat Bahagian Bahagian Bahagian Keusahawanan & Perniagaan Sektor Keberhasilan Sektor Perladangan, Pertanian & Industri Asas Tani (SPAT)

Pengenalan

Sektor Perladangan, Pertanian & Industri Asas Tani (SPAT) baru diwujudkan secara rasmi pada Januari 2016. SPAT diwujudkan bagi menyokong aspirasi gerakan koperasi dan Dasar Koperasi Negara 2011-2020 iaitu untuk memaju dan meningkatkan perolehan koperasi yang terlibat dengan sektor Perladangan dan Asas Tani. SPAT dipertanggungjawabkan untuk mengelola, menyelaras dan melaksanakan latihan, seminar dan konsultasi yang berkaitan dengan aktiviti perladangan (kelapa sawit) dan asas tani.

Fungsi

Sejajar dengan penubuhan SPAT iaitu untuk memberi latihan khusus kepada gerakan koperasi yang terlibat dengan sektor perladangan dan asas tani. Program yang dilaksanakan termasuklah kursus jangka pendek, Bicara Profesional, Seminar dan konsultasi yang berkaitan dengan bidang ini.

Bagi menjayakan kursus yang dirancang dan memberi impak besar terhadap latihan yang diberikan, SPAT telah mengambil inisiatif mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta dalam sektor perladangan dan asas tani. Kerjasama ini perlu dilaksanakan memandangkan majoriti program SPAT berbentuk teknikal dan kemahiran, selain untuk meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan program yang dilaksanakan. Kebanyakan kursus SPAT bersifat “hands on” iaitu perlaksanaan kursus yang bersifat teori dan praktikal secara langsung.

Kepelbagaian program yang dilaksanakan diharap dapat meningkatkan lagi prestasi dan sumbangan koperasi yang terlibat dengan aktiviti perladangan (kelapa sawit) dan asas tani. Selain itu SPAT juga menyediakan khidmat konsultasi, khususnya yang berkaitan dengan bidang ini.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Sektor Keberhasilan
Institut Koperasi Malaysia,
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

Telefon : 03-7964 000 ext:066   (SUK: Pn. Nurul Izza bt Zamuri)
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.