Accessibility Tools

soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
Bahasa Melayu

Pengenalan

Penubuhan Pusat Penyelidikan (CR) Institut Koperasi Malaysia (IKMa) bertujuan mempertingkatkan aktiviti penyelidikan serta menjadikannya sebagai satu budaya yang berterusan dalam kalangan warga akademik IKMa. Melalui kegiatan penyelidikan ini, Pegawai Latihan IKMa dapat meningkatkan pengetahuan dan mendalami ilmu dalam pelbagai bidang berkaitan pengurusan dan pentadbiran koperasi yang menjadi rujukan gerakan koperasi di Malaysia.

CR juga memainkan peranan aktif bagi menghasilkan bahan-bahan penerbitan dalam pelbagai bentuk dan menyebarluaskan maklumat yang berkaitan untuk gerakan koperasi. CR bertanggungjawab menguruskan bahan penerbitan IKMa seperti Malaysia Journal Of Cooperative Studies (MJCS) , Buku Kisah Kejayaan Koperasi dan Monograf Penyelidikan.

Fungsi

  • Merancang penyelidikan berasaskan keperluan gerakan.
  • Menerbitkan bahan-bahan ilmiah dan hasil penyelidikan yang berimpak.
  • Menyelaras hasil penyelidikan untuk terbitan jurnal berindeks atau berwasit.
  • Mengangkat hasil penyelidikan ke peringkat kementerian.
  • Menawarkan kepakaran penyelidikan kepada SKM, Angkasa, Kementerian dan Koperasi.
  • Menganjurkan program seminar, kolokium dan sesi perkongsian berasaskan kajian kes & penyelidikan.
  • Melaksanakan kursus bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai dalam aktiviti berasaskan pengetahuan.
  • Mengkoordinasi data penyelidikan berkaitan gerakan koperasi.
  • Mengkoordinasi cadangan program intervensi yang inovatif berasaskan penyelidikan.

Senarai Program

Bermula tahun 2014 hingga sekarang, CR menawarkan kursus jangka pendek yang berkaitan dengan penyelidikan, penerbitan  seperti:

  • Bengkel Analisis data menggunakan SPSS
  • Bengkel Pembangunan Soal Selidik
  • Bengkel Penulisan Artikel 
  • Bengkel penerbitan buku
  • Bengkel Metodologi Penyelidikan
  • Bengkel kajian kes
  • Kolokium
  • Seminar Penyelidikan
  • Bengkel Smart PLS
  • Bengkel Penulisan Thesis kepada buku
  • Bengkel Kualitatif
Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Pusat Penyelidikan 
Institut Koperasi Malaysia,
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

Telefon : 03-7964 000  ext: 053 (SUK: Pn. Rohaya binti Ibrahim)
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook Rasmi Pusat Penyelidikan IKMa