Accessibility Tools

soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
Bahasa Melayu

Pengenalan

Sektor Keberhasilan ditubuhkan pada 1 Mac 2022 dan terdiri daripada seorang Pengarah, tiga (3) orang pegawai latihan dan seorang setiausaha kursus (SUK).

Fungsi

  • Mengendalikan Kursus Jangka Pendek, Bicara Ilmu dan Seminar yang berkaitan dengan bidang keberhasilan (SBK) Perladangan, Pertanian & Industri Asas Tani, Pelancongan, Pemborongan dan Peruncitan, Hartanah dan Industri Pembinaan yang berimpak tinggi.
  • Membangunkan modul dan program berkaitan SBK.
  • Melaksanakan Program kolaborasi bersama pakar industri berkaitan yang terpilih.
  • Memantapkan aktiviti berkaitan SBK melalui pemberian khidmat nasihat dan konsultasi yang berimpak tinggi.
  • Membimbing dan sebagai pemudah cara kepada koperasi dalam SBK.
  • Menjalankan penyelidikan dan penulisan koperasi berkaitan bidang keberhasilan.
  • Melaksanakan kolaborasi dengan industri, agensi-agensi dan Federasi Koperasi berkaitan dalam pemantapan bidang keberhasilan.
  • Mempromosi program berkaitan bidang keberhasilan.

Kursus yang ditawarkan :

Kursus yang ditawarkan seperti:

  • Co-op Tourism: Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi
  • Potensi Koperasi Dalam Sektor Hartanah
  • S.M.A.R.T Peruncitan (Pengurusan & Operasi Pasar Mini)
  • Pengurusan Stok & Inventori Barangan Niaga
  • Pembangunan Produk (USP: Pembungkusan & Penjenamaan)
  • Peningkatan Jualan Perniagaan melalui Kemahiran Negosiasi dan Komunikasi (Pasar Mini)
  • Bijak Niaga (Merancang Perniagaan Pasar Mini & Produk)
  • Kursus Fertigasi Tanaman Terpilih (Cili)
  • Kursus Pengurusan Projek Tanaman Kelapa
  • Kursus Pengurusan Ternakan Lembu & Kambing (Pedaging)
  • Kursus Pengurusan Ladang Sawit Berkesan
Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Sektor Keberhasilan
Institut Koperasi Malaysia,
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

Telefon : 03-7964 000 ext:066   (SUK: Pn. Nurul Izza bt Zamuri)
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.