Pusat ini berperanan memberi penekanan dan galakan terhadap sebarang dasar Kerajaan yang berkaitan dengan program latihan dan pendidikan koperasi agar dapat diterapkan dalam gerakan koperasi Malaysia termasuk perhubungan koperasi di peringkat antarabangsa. Pada masa yang sama Pusat ini bertanggungjawab untuk membangunkan dan menyelaras jalinan kerjasama antara gerakan koperasi dalam dan luar negara.
Selain itu, Pusat ini juga berperanan dalam merancang, merangka dan menyelaras program-program di peringkat antarabangsa selain kursus jangka pendek dalam negara.
Pusat ini bertindak selaku Sekretariat bagi program sangkutan/ICA untuk menghantar pegawai–pegawai ke luar negara, selain menjadi Sekretariat bagi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) atau lebih dikenali sebagai MTCP. Selain itu Pusat Dasar & Antarabangsa juga menguruskan lawatan delegasi antarabangsa ke IKMa.