Accessibility Tools

soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
Bahasa Melayu
Laman Utama Awam Penerbitan Malaysian Journal of Co-operative Studies Vol 6 (2010) Strategi Pentadbiran Meningkatkan Pencapaian Koperasi Berasaskan Struktur Koperasi Hibrid: Kajian Kes Di Satara Co-Operative Group Limited, New Zealand

Najmah Nawawi
Norhayati Abdul Rahman
Maktab Kerjasama Malaysia (Co-operative College of Malaysia)

Kajian ini memperlihatkan kepentingan pelaksanaan pengurusan koperasi yang cekap dan komitmen koperasi yang tinggi berdasarkan kajian kes yang dijalankan di Satara Co-operative Group Limited, New Zealand yang menjalankan fungsi utamanya dalam pembungkusan buah kiwi. Data kajian diperoleh dengan menggunakan teknik temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan pengurusan pentadbiran koperasi yang sangat profesional kerana ditadbir oleh Ahli Lembaga Pengarah dan pihak pengurusan yang cekap dan komited. Tadbir urus korporat dijadikan sebagai garis panduan agar pentadbiran koperasi mengikut landasan yang betul kerana koperasi memperoleh sumber kewangan dari anggota dan juga pelabur luar. Namun begitu, koperasi hibrid tetap mengekalkan 60 peratus kuasa anggota koperasi dalam Mesyuarat Agung Tahunannya walaupun pelabur mempunyai modal pelaburan melebihi modal anggota koperasi tersebut.