Accessibility Tools

soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
Bahasa Melayu
Laman Utama Awam Penerbitan Malaysian Journal of Co-operative Studies Vol 9 (2013) Faktor-Faktor Kritikal Kejayaan Perniagaan Kedai Runcit Koperasi di Negeri Sarawak

Syarifah Rohaya Bt Wan Idris
Yusman Bin Yacob
Frank Meol Abdullah
Mohd Suandi Bin Hj Mortadza
Mohd Haswardi Bin Hj Morshidi
Maktab Koperasi Malaysia

Kajian eksplorasi ini dijalankan bertujuan mengenalpasti profil serta faktor-faktor kritikal kejayaan koperasi yang menjalankan perniagaan kedai runcit di Negeri Sarawak. Profil koperasi yang menjalankan kedai runcit di Negeri Sarawak menunjukkan kebanyakan ia ditubuhkan sebelum tahun 1990 dan kebanyakannya bertumpu di kawasan luar bandar. Kebanyakan ia hanya menumpukan kepada satu jenis perniagaan sahaja tanpa adanya aktiviti-aktiviti sokongan perniagaan lain. Hasil kajian ini juga telah mengenalpasti terdapat enam faktor kritikal penyumbang dalam menentukan kejayaan sesebuah perniagaan kedai runcit koperasi di Negeri Sarawak yang terdiri dari faktor keusahawanan, sokongan, komunikasi, persaingan, susun atur dan pengurusan.