soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Awam Penerbitan Malaysian Journal of Co-operative Studies Vol 11 (2015) Program Transformasi Kedai Runcit Koperasi: Analisis Pencapaian Pengurusan Perniagaan

Noranita Mohd, Nor Norhayati Abdul Rahman, Nur Faeza Yahya
Maktab Koperasi Malaysia (Co-operative College of Malaysia)

Roshidi Hassan
Universiti Teknologi MARA

Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) diperkenalkan pada tahun 2011 oleh kerajaan Malaysia untuk mengubah konsep tradisional kedai runcit kepada konsep yang lebih moden. Analisis perbandingan sebelum dan selepas TUKAR diperlukan untuk melihat pencapaian sebenar hasil daripada program TUKAR. Justeru, matlamat kajian ini secara khusus bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat peningkatan dari segi pencapaian pengurusan perniagaan kedai koperasi sebelum dan selepas program TUKAR dilaksanakan. Soal selidik telah diedarkan menggunakan kaedah pensampelan strata secara rawak dan sebanyak 102 orang (65.8%) Ahli Lembaga Koperasi dan Pengurus Koperasi yang mewakili kedai Coop Mart di seluruh Malaysia telah dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan semua aspek pengurusan perniagaan meningkat dengan ketara terutamanya aspek pengurusan kewangan. Ini membuktikan program TUKAR berjaya, berdaya maju dan wajar diteruskan.

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?