Accessibility Tools

soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
Bahasa Melayu

Pengenalan

Sektor Keberhasilan ditubuhkan pada 1 Mac 2022 dan terdiri daripada seorang Pengarah, tiga (3) orang pegawai latihan dan seorang setiausaha kursus (SUK).

Fungsi

  • Mengendalikan Kursus Jangka Pendek, Bicara Ilmu dan Seminar yang berkaitan dengan bidang keberhasilan (SBK) Perladangan, Pertanian & Industri Asas Tani, Pelancongan, Pemborongan dan Peruncitan, Hartanah dan Industri Pembinaan yang berimpak tinggi.
  • Membangunkan modul dan program berkaitan SBK.
  • Melaksanakan Program kolaborasi bersama pakar industri berkaitan yang terpilih.
  • Memantapkan aktiviti berkaitan SBK melalui pemberian khidmat nasihat dan konsultasi yang berimpak tinggi.
  • Membimbing dan sebagai pemudah cara kepada koperasi dalam SBK.
  • Menjalankan penyelidikan dan penulisan koperasi berkaitan bidang keberhasilan.
  • Melaksanakan kolaborasi dengan industri, agensi-agensi dan Federasi Koperasi berkaitan dalam pemantapan bidang keberhasilan.
  • Mempromosi program berkaitan bidang keberhasilan.

Kursus yang ditawarkan :

Kursus yang ditawarkan seperti:

  • Co-op Tourism: Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi
  • Potensi Koperasi Dalam Sektor Hartanah
  • S.M.A.R.T Peruncitan (Pengurusan & Operasi Pasar Mini)
  • Pengurusan Stok & Inventori Barangan Niaga
  • Pembangunan Produk (USP: Pembungkusan & Penjenamaan)
  • Peningkatan Jualan Perniagaan melalui Kemahiran Negosiasi dan Komunikasi (Pasar Mini)
  • Bijak Niaga (Merancang Perniagaan Pasar Mini & Produk)
  • Kursus Fertigasi Tanaman Terpilih (Cili)
  • Kursus Pengurusan Projek Tanaman Kelapa
  • Kursus Pengurusan Ternakan Lembu & Kambing (Pedaging)
  • Kursus Pengurusan Ladang Sawit Berkesan
Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Sektor Keberhasilan
Institut Koperasi Malaysia,
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

Telefon : 03-7964 000 ext:066   (SUK: Pn. Nurul Izza bt Zamuri)
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pengenalan

Sektor Pelancongan (Coop Tourism) merupakan sektor baru yang telah diwujudkan di Institut Koperasi Malaysia (IKMa) bermula Januari 2016. Visi Sektor ini adalah untuk menjadi pusat pembelajaran pilihan koperasi dalam Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan. Selaras dengan itu, misi Sektor ini adalah menyediakan program latihan yang berkualiti dan efektif dalam sektor tersebut.

Fungsi

  • Menyedia, menawar dan mengadakan kursus/program yang berkaitan dengan Sektor Pelancongan.
  • Menjalankan penyelidikan dan memberi khidmat nasihat kepada koperasi yang terlibat dengan Sektor Pelancongan.
  • Menyumbang artikel ilmiah untuk terbitan IKMa.

Kursus Ditawarkan

  • Co-op Tourism : Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi
Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Sektor Keberhasilan
Institut Koperasi Malaysia,
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

Telefon: 03-7964 000 ext:066   (SUK: Pn. Nurul Izza bt Zamuri)
Emel    : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pengenalan

Strategi teras ketiga yang digariskan dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020 iaitu Mewujud dan Meningkatkan Keupayaan Modal Insan Koperasi, dipertanggungjawabkan kepada Institut Koperasi Malaysia (IKMa), sebagai salah sebuah badan pelaksana. Salah satu bidang yang diberi tumpuan adalah Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan yang dijangka dapat memberikan sumbangan signifikan terhadap nilai pemilikan aset dan perolehan koperasi menjelang 2020.

Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan merupakan salah satu sektor yang diwujudkan oleh IKMa bermula tahun 2016. Pembangunan program latihan dalam bidang pembangunan hartanah dan industri pembinaan adalah hasil perbincangan dan kajian terhadap keperluan latihan agar bersesuaian dengan kehendak gerakan koperasi dan selari dengan perubahan persekitaran semasa. Program yang akan dilaksanakan adalah seperti program jangka pendek, seminar, bicara profesional dan bengkel.

Fungsi

Bagi memperkasakan lagi aktiviti hartanah dan industri pembinaan, sektor ini berfungsi untuk:

  1. Menyediakan program-program latihan yang berkaitan sektor hartanah dan industri pembinaan untuk memantapkan pengurusan koperasi dalam menjalankan aktiviti ini
  2. Menjalin kerjasama strategik bersama agensi-agensi dan koperasi yang berkaitan dengan sektor hartanah dan industri pembinaan
  3. Menyediakan bahan ilmiah yang berkaitan dengan sektor hartanah dan industri pembinaan melalui kajian kes di lapangan dan penyelidikan
Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Sektor Keberhasilan
Institut Koperasi Malaysia,
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

Telefon : 03-7964 000 ext:066   (SUK: Pn. Nurul Izza bt Zamuri)
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook Rasmi Sektor Hartanah & Industri Pembinaan

Pengenalan

Sektor Perladangan, Pertanian & Industri Asas Tani (SPAT) baru diwujudkan secara rasmi pada Januari 2016. SPAT diwujudkan bagi menyokong aspirasi gerakan koperasi dan Dasar Koperasi Negara 2011-2020 iaitu untuk memaju dan meningkatkan perolehan koperasi yang terlibat dengan sektor Perladangan dan Asas Tani. SPAT dipertanggungjawabkan untuk mengelola, menyelaras dan melaksanakan latihan, seminar dan konsultasi yang berkaitan dengan aktiviti perladangan (kelapa sawit) dan asas tani.

Fungsi

Sejajar dengan penubuhan SPAT iaitu untuk memberi latihan khusus kepada gerakan koperasi yang terlibat dengan sektor perladangan dan asas tani. Program yang dilaksanakan termasuklah kursus jangka pendek, Bicara Profesional, Seminar dan konsultasi yang berkaitan dengan bidang ini.

Bagi menjayakan kursus yang dirancang dan memberi impak besar terhadap latihan yang diberikan, SPAT telah mengambil inisiatif mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta dalam sektor perladangan dan asas tani. Kerjasama ini perlu dilaksanakan memandangkan majoriti program SPAT berbentuk teknikal dan kemahiran, selain untuk meningkatkan lagi kualiti dan keberkesanan program yang dilaksanakan. Kebanyakan kursus SPAT bersifat “hands on” iaitu perlaksanaan kursus yang bersifat teori dan praktikal secara langsung.

Kepelbagaian program yang dilaksanakan diharap dapat meningkatkan lagi prestasi dan sumbangan koperasi yang terlibat dengan aktiviti perladangan (kelapa sawit) dan asas tani. Selain itu SPAT juga menyediakan khidmat konsultasi, khususnya yang berkaitan dengan bidang ini.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Sektor Keberhasilan
Institut Koperasi Malaysia,
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

Telefon : 03-7964 000 ext:066   (SUK: Pn. Nurul Izza bt Zamuri)
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pengenalan

Sektor Pemborongan dan Peruncitan (COOP RACE) merupakan salah satu daripada enam (6) bidang keberhasilan yang diperkenalkan dalam Dasar Koperasi Negara (DKN 2011-2020). Ia dilihat sebagai salah satu sektor yang dapat memberikan pulangan kepada perolehan sektor koperasi sebanyak RM50 bilion pada tahun 2020. Sehubungan itu, Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa ditubuhkan bagi merealisasikan hasrat DKN dalam menjana ekonomi dan pendapatan sektor koperasi menerusi penglibatan dalam bidang pemborongan dan peruncitan di samping membantu kerajaan menstabilkan harga barangan keperluan dan bekalan khusus di kawasan pekan kecil dan pedalaman.

Fungsi

Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa sentiasa progresif dalam menawarkan kursus-kursus yang berorientasikan kehendak dan keperluan semasa serta praktikal di bawah bidang ini seperti: Memberi pendedahan kepada koperasi tentang perniagaan pemborongan dan peruncitan Mengenal pasti jenis perniagaan pemborongan dan peruncitan yang diceburi Mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam perniagaan pemborongan dan peruncitan dalam koperasi Mengukuhkan aktiviti pemborongan dan peruncitan yang diceburi oleh koperasi Peranan utama Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa ialah melatih dan membimbing Anggota Lembaga Koperasi (ALK), tenaga kerja koperasi, para pegawai yang lia koperasi atau individu yang berminat dalam bidang berkaitan pemborongandan peruncitan.Dalam merangka kursus-kursus yang bermanfaat, Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa sentiasa bersikap proaktif dan terbuka terhadap isu dan perkembangan semasa dalam sesi pengajaran dan pembelajarannya agar seiring dengan era globalisasi masa kini.

Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa turut memberikan konsultasi kepada koperasi yang menjalankan aktiviti perniagaan di bawah bidang ini seperti pasar raya, kedai runcit, dobi, stesen minyak, dan francais. Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa juga terlibat dengan tailor made course atau knowledge-based activities bersama pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), ANGKASA atau agensi-agensi kerajaan dan pihak kementerian di bawah bidang yang sama. Permodalan Nasional Berhad (PNS) merupakan salah satu contoh agensi yang telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan IKMa melalui Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa dalam memberikan pendedahan berkaitan sistem perniagaan secara francais bagi menjamin kelangsungan produk koperasi di pasaran secara sistematik dan profesional. Sektor Pemborongan dan Peruncitan IKMa turut menghasilkan penulisan berkaitan penyelidikan, kajian kes, jurnal dan sebagainya untuk diguna pakai dalam model simulasi sekaligus meningkatkan kompetensi dan tahap profesionalisme dalam kalangan kakitangan akademik dan juga koperasi sebagai panduan dalam menguruskan koperasi dengan lebih cekap.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Sektor Keberhasilan
Institut Koperasi Malaysia,
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

Telefon : 03-7964 000 ext:066   (SUK: Pn. Nurul Izza bt Zamuri)
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.