Accessibility Tools

soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
Bahasa Melayu

FungsiKuasa
Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 (Pindaan) 2011 [Akta A1398] telah memperuntukkan IKMa sebagai sebuah institusi yang berfungsi untuk membangun dan mengembangkan latihan dan pendidikan koperasi di negara ini.

Fungsi IKMa ialah:

  1. Menyediakan kursus dalam bidang koperasi & penganugerahan diploma;
  2. Percetakan dan penerbitan dalam bidang koperasi;
  3. Usaha sama dengan IPT/ badan professional dalam dan luar negara bagi menjalankan kursus koperasi;
  4. Penyelidikan Bidang Koperasi;
  5. Khidmat perundingan koperasi;dan
  6. Menasihati Menteri.
  1. Menganugerahkan Diploma, Sijil dan setaraf dengannya kepada orang yang telah mengikuti kursus pengajian yang diluluskan oleh Institut dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain yang ditentukan oleh Lembaga atau yang telah ditetapkan;
  2. Mengadakan dan menganugerahkan biasiswa, dermasiswa, pingat, hadiah, dan bentuk-bentuk kepujian lain, anugerah atau bantuan berkenaan dengan latihan, pendidikan dan aktiviti-aktiviti lain yang ada di Institut;
  3. Memberikan pinjaman atau bantuan kewangan kepada pelajar yang patut menerimanya mengikut apa-apa terma dan syarat yang diluluskan oleh Lembaga;
  4. Memasarkan dan/ atau mengkomersialkan perkhidmatan, hasil penyelidikan dan keluaran Institut;
  5. Menuntut dan menerima apa-apa fi yang ditentukan oleh Lembaga atau apa yang ditetapkan dari semasa ke semasa;
  6. Melakukan apa-apa perbuatan atau perkara sama ada bersampingan dengan atau sebagai pematuhan kepada kuasa tersebut, yang dibuat bagi meningkatkan pendidikan, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan disiplin di IKMa; dan
  7. Menubuhkan atau menggalakkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Act 125] untuk menjalankan atau terlibat dalam sebarang aktiviti yang dirancang atau dilaksanakan oleh IKMa dengan persetujuan Kementerian Kewangan.
Visi
  • Ke arah kecemerlangan modal insan dan keusahawanan koperasi yang unggul.

Misi
  • Memangkin transformasi koperasi Malaysia melaluipendidikan & latihan serta intervensi yang inovatif
Fungsi IKMa
  • Menyediakan dan melaksanakan latihan dan Pendidikan koperasi
  • Menerbit dan mencetak bahan berkaitan koperasi
  • Menjalankan penyelidikan dalam konteks koperasi
  • Melaksanakan khidmat nasihat perundingan koperasi
  • Menasihati Menteri dalam hal berkaitan koperasi

Sejarah

Latar Belakang IKM

Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang sebelum ini dikenali sebagai Maktab Kerjasama Malaysia dan Maktab Koperasi Malaysia merupakan satu-satunya pusat latihan koperasi di negara ini.

Ketika ditubuhkan pada tahun 1956, keperluan kewangannya dibiayai oleh Colonial Welfare dan Development Fund, manakala kerajaan pula telah memberikan sumbangan yang amat besar bagi menggalakkan pembangunan IKMa keseluruhannya.

Pada tahun 1968, IKMa telah diiktiraf sebagai sebuah badan berkanun melalui Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 yang diluluskan oleh Parlimen pada 11 September 1968. Sesuai dengan peredaran masa, Parlimen telah meluluskan Akta Institut Koperasi (Pemerbadanan) 1968 (Pindaan 2019) [Akta A1589] berkuatkuasa pada 5 Mei 2019 bertujuan untuk memperkemaskan tadbir urus IKMa supaya dapat merancang dan menjalankan program yang inovatif dan kreatif bagi menyokong pembangunan gerakan koperasi.

IKMa pernah diletakkan di bawah beberapa kementerian antaranya Kementerian Pertanian dan juga Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi. Mulai tahun 2009, IKMa telah diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan kini IKMa telah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP)

Alamat

Institut Koperasi Malaysia (Kampus Induk)
103 Jalan Templer
46700, Petaling Jaya, Selangor
Malaysia

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
No. Tel: 603-79649000 / Faks: 603-79570434

Kampus IKMa

Kampus induk IKMa terletak di Petaling Jaya dan berhampiran dengan ibukota Kuala Lumpur, kampus ini mudah dihubungi dengan pelbagai kemudahan pengangkutan seperti bas, LRT dan teksi. Ini memudahkan masyarakat secara umum dan gerakan koperasi khususnya untuk ke sini.

Kawasan IKMa yang dihiasi seni taman yang menarik pula mewujudkan persekitaran yang tenang dan damai. Ciri-ciri yang sebegini menjadikan IKMa tempat pilihan untuk mengadakan perjumpaan, mesyuarat, kursus, seminar, bengkel dan sebagainya.

Pada bulan Jun 1997 IKMa telah membuka cawangan di Kota Kinabalu, Sabah dan telah menawarkan perkhidmatan di Kuching, Sarawak pada September 1998. IKMa membuka Zon Timur di Pahang pada tahun 2009, Zon Utara di Kedah pada tahun 2010, dan Zon Selatan di Johor juga pada tahun 2010 untuk membolehkan program latihan dan pendidikan koperasi dapat diikuti dengan lebih mudah di seluruh negara.