Accessibility Tools

soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
Bahasa Melayu
Laman Utama Awam Penerbitan Malaysian Journal of Co-operative Studies Vol 7 (2011) Tahap Pengambilan Risiko Dalam Gerakan Koperasi Di Malaysia

Norwatim Hj Abd Latiff
Maktab Koperasi Malaysia

Risk taking involved decision made by the co-operative board member on some forms of investment which are funded by internal or external financing. In co-operative entrepreneurship level research, risk taking was used to identify board members action in developing their co-operative. Matters to assessed these items include external financing usage, difficulty on managing the investments, instrument that chosen to setting aside of funds excess, investment valuation method, and new high risk investment exploration. Research showed that risk taking were still at low level when more co-operatives decided not to use external financing because they do not dare to bear the losses and inability to pay back their loan. More co-operatives choose to invest in safer investment . Besides that, co-operative also less interested in managing big fund size to avoid from difficulty in running co-operative respectively . They are more comfortable to manage fund in small and medium size. Excess funds were also kept in fixed deposit. This obviously shows a large amount of co-operative choose to invest in instrument of low risk as compared to making investment in high risk instrument. At the same time, valuation method used for co-operatives are return on investment and findings revealed that co-operatives have use less expert service in making investment evaluation.

Pengambilan risiko melibatkan satu pembuatan keputusan oleh anggota lembaga koperasi terhadap sesuatu bentuk pelaburan samaada dibiayai oleh pembiayaan dalaman ataupun luaran. Dalam penyelidikan tahap keusahawanan koperasi, angkubah pengambilan risiko telah digunakan untuk melihat gelagat anggota lembaga dalam memajukan sesebuah koperasi. Perkara yang dinilai adalah merangkumi aspek penggunaan pembiayaan luaran, kesukaran mengurus pelaburan, instrumen yang dipilih untuk menyimpan dana berlebihan, kaedah penilaian pelaburan, dan penerokaan pelaburan baru berisiko tinggi. Penyelidikan menunjukkan angkubah pengambilan risiko masih pada tahap rendah apabila majoriti koperasi lebih cenderung untuk tidak menggunakan pembiayaan luaran kerana mereka tidak berani menanggung kerugian dan berkemungkinan tidak mampu menjelaskan balik pinjaman. Kebanyakan koperasi memilih untuk melabur dalam pelaburan yang selamat.

Selain itu, koperasi juga didapati kurang berminat dalam menguruskan dana bersaiz besar kerana ingin mengelak dari kesukaran dalam menguruskan koperasi masing-masing. Majoritinya lebih selesa menguruskan dana yang bersaiz kecil dan sederhana. Lebihan dana yang dimiliki koperasi juga disimpan dalam bentuk instrumen simpanan tetap. Ini jelas menunjukkan sebilangan besar koperasi memilih untuk melabur dalam instrumen yang berisiko rendah berbanding membuat pelaburan dalam instrumen yang berisiko tinggi. Di samping itu, kaedah penilaian yang digunakan bagi kebanyakan koperasi ialah pulangan atas pelaburan (Return On Investment) dan koperasi-koperasi ini juga kurang menggunakan khidmat pakar dalam membuat penilaian pelaburan.