Accessibility Tools

soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
Bahasa Melayu

Koperator

Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi

Kursus Wajib 1 - Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi merupakan pengetahuan asas berkaitan koperasi dengan objektif seperti berikut:

  • Memberi pendedahan berkaitan ciri-ciri pentadbiran koperasi serta amalan pengurusan yang baik.
  • Memberi kefahaman berkaitan kepentingan menguruskan koperasi mengikut undang-undang.
  • Memberi kefahaman berkaitan tugas dan tanggungjawab sebagai anggota Lembaga Koperasi.

Isi kandungan Wajib 1 :

  1. Latar Belakang koperasi dan Kefahaman Koperasi.
  2. Perundangan Koperasi di Malaysia dan Aplikasi.
  3. Peranan dan tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi (ALK).
  4. Tadbir Urus Koperasi.
  5. Pengurusan Mesyuarat Koperasi.

Mohon Kursus Secara Online

PENGENALAN

Selaras dengan Garis Panduan 5 (GP5) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya), Kursus Wajib merupakan kursus yang diwajibkan kepada semua anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) menghadiri kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi, Pengurusan Kewangan Koperasi dan Pengurusan Strategik yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Senarai Kursus Wajib

Berikut adalah senarai Kursus Wajib iaitu:

  1. Kursus Wajib 1 : Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
  2. Kursus Wajib 2 : Pengurusan Kewangan Koperasi
  3. Kursus Wajib 3 : Pengurusan Strategik
  4. Kursus Wajib JAD : Tatacara Pengauditan & Perakaunan Koperasi Tatacara Pengauditan & Perakaunan Koperasi

Kursus ini sangat penting untuk membolehkan Lembaga memahami konsep koperasi serta mengenal pasti peranan dan tanggungjawab mereka yang pada umumnya berkuasa untuk mengurus dan mengawasi sumber dan aset koperasi dengan cekap dan berkesan.

Justeru itu, ALK dan JAD yang dilantik perlu menghadiri ketiga-tiga kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan bagi meningkatkan kompetensi dan tadbir urus koperasi. Kegagalan menghadiri kursus-kursus ini akan memberikan kesan kepada ALK terbabit.

Kursus-kursus ini dikendalikan di ibu pejabat IKM dan di semua zon IKMa. Setiap satu kursus mengambil tempoh 2 hari sahaja. Pemohon boleh memohon kursus mengikut tarikh dan tempat seperti yang telah dijadualkan.

PROGRAM INSTITUT KOPERASI MALAYSIA 2024

 

1. Penerangan Kod Program

Program IKMa dijalankan di Ibu Pejabat, Zon dan Cawangan iaitu di Petaling Jaya, Zon Tengah (Cyberjaya), Zon Sabah (Kota Kinabalu), Zon Sarawak (Kuching), Zon Utara (Kedah), Zon Timur (Pahang), Zon Selatan (Johor Bahru), Cawangan Ipoh, Cawangan Kuala Terengganu, Cawangan Tawau dan Cawangan Miri. Senarai kod Pengendali adalah seperti berikut:

Bil.

Zon/Cawangan

Kod Kursus

1.     

Petaling Jaya

I

2.     

Zon Tengah (Cyberjaya)

M

3.     

Zon Sabah

S

4.     

Zon Sarawak

Q

5.     

Zon Utara (Kedah)

K

6.     

Zon Timur (Pahang)

C

7.     

Zon Selatan (Johor Bahru)

J

8.     

Cawangan Ipoh

IP

9.     

Cawangan Kuala Terengganu

TG

10.  

Cawangan Tawau

TW

11.  

Cawangan Miri

MR

Kod Pengendali sentiasa berada di awalan kod kursus.

Kod Program Pusat dan Sektor Keberhasilan

Kod program bagi Pusat dan Sektor Keberhasilan adalah seperti berikut:

Bil.

Pusat dan Sektor Kebersihan

Kod Kursus

1.     

Pusat Rundingan Koperasi

PRK

2.     

Pusat Pembangunan Koperasi

PPK/PK/PC

3.     

Pusat Pendidikan Tinggi

PPT/SC/ST

4.     

Pusat Antarabangsa

CI

5.     

Pusat Penyelidikan

CR

6.     

Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi

ICT/PT

7.     

Pusat Kewangan & Akaun

PKA/PA

8.     

Pusat Pengurusan Perniagaan

PPP/PB

9.     

Sektor Hartanah & Industri Pembinaan (SHIP)

SHIP/BH

10.  

Sektor Perladangan, Pertanian & Industri Asas Tani (SPAT)

SPAT/BL

11.  

Sektor Pemborongan & Peruncitan (RACE)

BR

11.  

Sektor Pelancongan (Tourism)

BP

Kod Kaedah Pembelajaran

Program dijalankan sama ada di dalam kampus, di luar kampus atau secara dalam talian.

Bil.

Kaedah Pembelajaran

Kod Kursus

1.     

Dalam kampus

D

2.     

Luar kampus

L

3.     

Dalam talian

O

Kod tempat berada di abjad kedua dalam sesuatu kod program.

CONTOH 1:

Bil.

Pusat

Tajuk Kursus

Kaedah Pembelajaran

Kod Kursus

1.     

Pusat Pembangunan Koperasi (PPK)

Undang-undang Berkaitan Perniagaan Koperasi

Dalam kampus

I(D)PK4301

CONTOH 2:

Bil.

Sektor Keberhasilan

Tajuk Kursus

Kaedah Pembelajaran

Kod Kursus

1.     

Sektor Pelancongan (Tourism)

Co-op Tourism Potensi Bisnes Pelancongan Koperasi

Luar kampus

I(L)BP1112

CONTOH 3:

Bil.

Zon

Tajuk Kursus

Kaedah Pembelajaran

Kod Kursus

1.     

Zon Tengah

Wajib Plus – Tadbir Urus Koperasi

Dalam talian (Online)

WL(O)M(01)

CONTOH 4:

Bil.

Cawangan

Tajuk Kursus

Kaedah Pembelajaran

Kod Kursus

1.     

Cawangan Ipoh

Pemasaran Produk: Pelabelan dan Logo

Dalam kampus

IP(D)PB3109

Senarai Program IKMa adalah seperti berikut:

 

 

Link : https://bit.ly/bukuprogramIKMa2024

QR Kod Buku Program IKMa dan Borang Permohonan Kursus

QR_Kod_Buku_Program_IKMa_dan_Borang_Permohonan_Kursus.png