soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Koperator Kursus Wajib

PENGENALAN

Selaras dengan Garis Panduan 5 (GP5) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Suruhanjaya), Kursus Wajib merupakan kursus yang diwajibkan kepada semua anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) menghadiri kursus Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi, Pengurusan Kewangan Koperasi dan Pengurusan Strategik yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.

Senarai Kursus Wajib

Berikut adalah senarai Kursus Wajib iaitu:

  1. Kursus Wajib 1 : Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
  2. Kursus Wajib 2 : Pengurusan Kewangan Koperasi
  3. Kursus Wajib 3 : Pengurusan Strategik
  4. Kursus Wajib JAD : Tatacara Pengauditan & Perakaunan Koperasi Tatacara Pengauditan & Perakaunan Koperasi

Kursus ini sangat penting untuk membolehkan Lembaga memahami konsep koperasi serta mengenal pasti peranan dan tanggungjawab mereka yang pada umumnya berkuasa untuk mengurus dan mengawasi sumber dan aset koperasi dengan cekap dan berkesan.

Justeru itu, ALK dan JAD yang dilantik perlu menghadiri ketiga-tiga kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan bagi meningkatkan kompetensi dan tadbir urus koperasi. Kegagalan menghadiri kursus-kursus ini akan memberikan kesan kepada ALK terbabit.

Kursus-kursus ini dikendalikan di ibu pejabat IKM dan di semua zon IKMa. Setiap satu kursus mengambil tempoh 2 hari sahaja. Pemohon boleh memohon kursus mengikut tarikh dan tempat seperti yang telah dijadualkan.

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?